Perfect Fit dengan bangganya memperkenalkan Zuliekha Binti Zakaria yang juga dikenali sebagai "IKA".
Anda dipersilakan untuk mengenali sedikit sebanyak mengenai Ika dengan menonton video klip dibawah dan jika anda ingin mengetahui apakah pengalaman seorang yang mengikut program Healthpointe dengan Perfect Fit, pastikan anda selalu mengunjungi blog kami ini untuk membaca pemikiran Ika semasa dia menjalani program kami
Anda dipersilakan untuk mengenali sedikit sebanyak mengenai Ika dengan menonton video klip dibawah dan jika anda ingin mengetahui apakah pengalaman seorang yang mengikut program Healthpointe dengan Perfect Fit, pastikan anda selalu mengunjungi blog kami ini untuk membaca pemikiran Ika semasa dia menjalani program kami
......... pasti hebat... pasti mengilhamkan.... pasti menarik.....HANYA DI SINI .... HANYA DI BLOG PERFECT FIT!!!!
Saya diperkenalkan kepada program ini oleh jurulatih (coach) Tze Wye pada bulan September 2009 - masa tue bulan puasa. Dia bertanya sama ada kesihatan itu penting bagi saya ataupun tidak? Saya rasa soalan ini juga patut anda tanyakan kepada diri anda sendiri kerana bagi saya, kesihatan itu memang penting kerana saya hendak hidup selama mana yang saya boleh dan ia juga sebagai satu landasan untuk mencapai segala impian saya.
ReplyDeleteTetapi saya ada satu batasan pada waktu itu, iaitu saya masih menyusukan anak ke-2 saya. Jadi, saya menangguhkan dulu hasrat untuk mengikuti program Healthpointe tetapi saya memperkenalkan program ini kepada rakan-rakan saya kerana saya rasa program ini bagus untuk semua dan saya rasa mereka memerlukan program ini kerana saya rasa sedih bila ahli keluarga dan kawan-kawan saya sakit bilamana ada jalan keluar dari segala penyakit tersebut.
Pada bulan Februari 2010, saya telah membuat keputusan yang saya akan memulakan healthpointe program pada hari Khamis, 04hb Mac 2010. Pada masa yang sama, saya melatih anak ke-2 saya (umur mencecah 2 tahun) supaya tidak menyusu badan lagi.
ReplyDeleteRasa khuatir tetap ada, sebab terfikir sama ada saya dapat mengikuti program ini dengan baik sebab saya memang suka makan & kerap makan. Coach saya kata jangan risau, awak boleh buat dan awak akan terkejut nanti.
Jadi, saya fikir okay... untuk kesihatan saya, apa salahnya saya berkorban sesuatu supaya saya boleh dapatkan sesuatu yang lebih baik di masa hadapan... lagipun 45 hari sahaja.
Keputusan telah dibuat; dan saya memulakan program pada hari yang dijangkakan iaitu 04hb Mac 2010. Bacaan saya pada hari tersebut ialah :
Tinggi : 158cm
Berat : 71.6kg
% Lemak di dalam Badan : 38.6%
% Air di dalam Badan : 45.0%
BMI : 28.7
Wow....Ika. Saya tak tahu yg you're a mother!!! after 3 weeks with healthpointe and the kgs you've lost..I thought you were single!! Keep it up girl!!! you're looking good!!
ReplyDelete05 - 07hb Mac 2010 - Persediaan
ReplyDeletePada 3 hari ini, saya tidak menghadapi banyak masalah sebab masih makan macam biasa. Lagipun, ia lebih kepada persediaan mental dan fizikal kita sahaja supaya tidak terlalu terkejut melalui program.
08hb Mac 2010 - Permulaan Hari Protein
ReplyDeleteBerat : 68.9kg
% Lemak di dalam Badan : 37.3%
% Air di dalam Badan : 45.9%
BMI : 27.6
Yeay... berat saya dah mulai turun... bersemangat sungguh rasanya nak meneruskan program ni. Kalau sebelum ini saya rasa takut sebab saya kerap makan tetapi sekarang, saya bermasalah sebab program ini memaksa saya makan lebih kerap tetapi secara lebih teratur.
Jurulatih saya, Tze Wye, pagi-pagi lagi dah hantar sms untuk menghantar bacaan kepada beliau.
11hb Mac 2010 - Permulaan Hari "Menu Plan"
ReplyDeleteBerat : 68.0kg
% Lemak di dalam Badan : 36.8%
% Air di dalam Badan : 46.2%
BMI : 27.2
salah satu yang istimewa tentang program ini adalah kita akan diberikan seorang jurulatih yang akan membantu dan memberi panduan kepada kita 24 jam sehari sampai bila-bila (biarpun 45 hari dah tamat).
Pada hari ini, saya diukur; bukan untuk buat baju baru (belum lagi) tetapi untuk memastikan sejauh mana badan saya mengecil dan ya, menakjubkan sekali bila jumlah keseluruhan badan saya mengecil sebanyak 5cm. 5cm tue tidaklah sebanyak mana, tetapi saya tetap gembira terutamanya bahagian perut adalah bahagian yang paling banyak turun.
Ain - single?? sekarang memang rasa macam masa single sebab dah dapat kembali berat seperti sebelum melahirkan anak bahkan berat sebelum berkahwin... hehehe... tapi tetap dah ada suami dengan 2 anak, kay? You look great too ;)
ReplyDelete18hb Mac 2010 - Minggu ke-2 "Menu Plan"
ReplyDeleteBerat : 67.2kg
% Lemak di dalam Badan : 36.5%
% Air di dalam Badan : 46.5%
BMI : 26.9
Minggu pertama hari tue, saya hanya makan oren di waktu tengahari dan malam kerana saya ada masalah gastrik tetapi minggu ke-2 nie saya rasa okay untuk mula makan oren di waktu pagi dan setakat nie semuanya okay.
Saya juga mula berusaha untuk mencukupkan "steps" kerana itulah satu-satunya senaman yang perlu kita buat dalam program ini. Ada waktunya, jurulatih saya turut berjalan di waktu tengahari dan kebanyakan waktu, saya berjalan "window shopping" di klcc dengan Hanani, kawan sekerja dan juga merupakan salah seorang yang mengikuti program healthpointe ini (tahniah untuk dia kerana berjaya menurunkan berat sebanyak 6kg).
Hujung minggu adalah hari-hari yang cukup mencabar bagi saya kerana saya pasti akan skip "snack" dan mesti tak cukup "steps". Jurulatih saya berusaha mencadangkan pelbagai cara untuk mengatasi masalah saya. Terima kasih, Tze Wye!
Hari ini juga, badan di ukur lagi dan ... yea yea... saya dah berjaya membuang 18cm dari keseluruhan badan.
Satu lagi perkara yang menggembirakan saya ialah saya tidak lagi merasa sakit di bahagian tulang belakang (bahagian pinggang). Kalau dulu, berdiri lama tak boleh, duduk lama pun tak boleh... bila dah sakit, kalau duduk tak boleh nak baring; bila dah baring nak bangun balik pun susah. Ingatkan dulu sebab kesan akibat pernah jatuh tapi sekarang baru saya tahu, rupa-rupanya dari kesan berat badan berlebihan.
Sekarang nie, buat kerja-kerja di rumah seharian pun saya dah tak kisah, dah tak risau pasal sakit lagi.
25hb Mac 2010 - Minggu ke-3 "Menu Plan"
ReplyDeleteBerat : 66.9
% Lemak di dalam Badan : 36.1%
% Air di dalam Badan : 46.8%
BMI : 26.8
Hari ini saya menghadapi masalah sikit kerana hari ini hari pertama saya 'period'. Jadi, coach saya memberitahu yang tubuh badan kita (perempuan) akan 'bloted' (mengembung) terutamanya di bahagian abdomen sebab badan kita akan menyimpan banyak air dan.... saya telah skip makan malam, punyalah takut sebab dalam program nih, kita kena makan.
Bila diukur, tak banyak menunjukkan perubahan sebab dah mengembungkan. Cuma kurang 18.5cm (0.5cm dari minggu sebelumnya).
01hb Apr 2010 - Minggu ke-4 "Menu Plan"
ReplyDeleteBerat : 65.5kg
% Lemak di dalam Badan : 35.8%
% Air di dalam Badan : 47.0%
BMI : 26.2
Gembiranya rasa hati; setakat hari ini saya berjaya menurunkan berat sebanyak 6.1kg dan dah boleh pakai baju Perfect Fit coach (itu salah satu cabaran untuk saya sebenarnya). Doa banyak-banyak supaya berat takkan naik lagi.
Saya rasa kalau saya bukan di dalam program ini, mungkin dalam 4 minggu ini saya akan menambahkan berat saya sebanyak 6.1kg dan mungkin juga lebih tetapi sebaliknya yang terjadi kerana saya memang termasuk dalam carta student healthpointe.
Terima kasih yang tidak terhingga untuk coach saya, Tze Wye terutamanya dan coach lain yang banyak memberi perangsang.
02-03hb Apr 2010 - Minggu ke-4 "Menu Plan"
ReplyDeleteBerat : 65.7kg
% Lemak di dalam Badan : 35.8%
% Air di dalam Badan : 47.0%
BMI : 26.3
Berat saya naik sedikit berbanding hari sebelumnya, sedikit risau untuk makan banyak pada hari tersebut (risau berat badan akan bertambah) tapi saya sedar yang pada hari sebelumnya saya kurang makan di mana saya hanya mengambil separuh daripada sejumlah makan malam; makan malam pun masa tue dah lewat daripada waktu yang sepatutnya.
Tetapi coach saya kata, tak apa sebab tindak balas badan kita memang macam tue dan setiap tubuh badan berbeza bagi setiap orang cuma saya kena mengawal tekanan (stress), tambahkan 'steps' dan jangan skip snack.
3 perkara yang saya rasa tidaklah sesusah mana sebenarnya... jadi okay, saya teruskan ke hari berikutnya.
04hb Apr 2010 - Minggu ke-4 "Menu Plan"
ReplyDeleteBerat : 65.9kg
% Lemak di dalam Badan : 35.8%
% Air di dalam Badan : 47.0%
BMI : 26.4
Huhuhu.... berat badan saya naik lagi tapi tak apa. Coach saya kata, kita kena berfikiran positif. Fikirkan berapa banyak yang dah saya berjaya turunkan setakat ini dan itu sebenarnya satu pencapaian yang memang bagus.
Bersemangat semula untuk meneruskan hari esok. Harap-harapnya berat saya akan turun semula
05hb Apr 2010 - Minggu ke-5
ReplyDeleteBerat : 65.7kg
% Lemak di dalam Badan : 35.8%
% Air di dalam Badan : 47.0%
BMI : 26.3
Yeay.. walaupun sedikit sahaja turun, tapi tetap turun tau! Saya rasakan yang saya semakin suka program ini kerana banyak perkara:
1) Sebab berat badan turun
2) Nampak lebih slim dan lebih yakin pada diri
3) Rasa lebih bertenaga dan lebih sihat
4) Saya dah tahu sesuatu yang boleh dikongsi bagi membantu orang lain
5) Saya jadi lebih berdisiplin, dan sentiasa berusaha mengawal tekanan
6) Setiap hari ada orang 'jaga' dan ambil tahu apa yang saya makan, macam mana perkembangan saya pada hari tersebut dan lain-lain lagi (coach saya lah tue)
7) Tak sabar nak tunggu waktu makan, sebab lagi banyak makan, lagi banyak berat turun
8) Dan macam-macam lagi lah kegembiraan yang sukar digambarkan.
Walau bagaimanapun, setelah 4 minggu, esok bermulalah Hari Penambahan Makanan (Add More Food Days). Entah bagaimana lah hari-hari yang bakal saya lalui dengan jumlah makanan yang semakin banyak.
06hb Apr 2010 - Minggu ke-5 "Hari Lebih Banyak Makanan"
ReplyDeleteBerat : 65.2kg
% Lemak di dalam Badan : 35.1%
% Air di dalam Badan : 47.5%
BMI : 26.1
Suka.. suka.. suka.. Berat saya turun lagi dan hari ni bermulalah hari untuk saya tambahkan makanan.
Hari ini juga sedikit tertekan kerana kerja tapi masih terkawal, tengahari saya berjalan ke KLCC. Petang pun ke KLCC juga sebab pergi bayar Maxis bagi pihak pejabat (mencari alasan untuk berjalan sebenarnya).
Saya cuba untuk mengikut panduan yang telah diberikan oleh coach Cyndi semalam dan juga coach saya sendiri, Tze Wye. Setakat ini, saya rasa masa 'snack' saya lebih okay berbanding hari-hari sebelumnya.
Tapi betullah... seluar saya dah longgar (hehehe). Nampaknya kena beli seluar baru tak pun tali pinggang baru sebaik sahaja habis program nanti.
Saya diberitahu yang saya mungkin terkejut nanti apabila saya dapati walaupun jumlah makanan ditambah, berat saya akan tetap turun.
Tak sabar-sabar saya rasa untuk mengalami apa yang dikatakan.
Oh ya! Pada 1 April yang lalu, apabila diukur, saya telah hilang 30cm dari badan. Herm... patutlah saya rasa semua pakaian dah semakin longgar dan badan rasa lebih ringan
ReplyDeleteWelldone Ika !! Keep it going ya !
ReplyDeleteTerima kasih, Coach Joanne. Terima kasih juga untuk Bernard, Ketua Jurulatih Perfect Fit yang banyak memberi sokongan dan juga memberi peluang untuk saya berkongsi cerita di sini. Terima kasih juga untuk semua coach/jurulatih yang sentiasa berusaha membantu student. :)
ReplyDelete07hb Apr 2010 - Minggu ke-5 "Hari Lebih Banyak Makanan"
ReplyDeleteBerat : 66.0kg
% Lemak di dalam Badan : 35.5%
% Air di dalam Badan : 47.2%
BMI : 26.4
Hari ni saya rasa sedikit kecewa kerana berat badan saya naik 0.8kg daripada semalam... terus demam dibuatnya (hahaha.. memang saya demam hari ini, tapi bukan kerana terkejut berat naik balik). "Kenapa ye coach - berat saya banyak naik hari ini?". Saya rasa coach saya pun tertekan bila saya kerap bertanyakan soalan yang sama... hehehe.
Coach saya kata, tubuh badan kita perlu menyesuaikan diri. Ia akan ada situasi MENANG-KALAH, sama ada kita menang-badan kalah atau sebaliknya. Jadi, kita harus terus berusaha dan yakin pada program kerana program ini bukan wujud sehari dua tetapi dah berpuluh tahun dah pun.
Saya yakinkan diri sendiri, teruskan, jangan terlalu rasa kecewa. Teruskan mengikut panduan sebaik-baiknya walaupun hari ini kurang selera sedikit kerana demam dan YAKIN! YAKIN! YAKIN!
08hb Apr 2010 - Minggu ke-5 "Hari Lebih Banyak Makanan" (Fasa 2)
ReplyDeleteBerat : 65.4kg
% Lemak di dalam Badan : 35.5%
% Air di dalam Badan : 47.2%
BMI : 26.2
Yeay, berat saya turun balik. Terima kasih coach Tze Wye kerana tidak berputus asa dengan saya.
Saya MC kerana demam hari ini, sudah pasti saya tidak dapat melengkapkan 'steps' tetapi saya akan berusaha untuk melengkapkan program di bahagian makanan (makan kan best) tapi wow, jumlah makanan hari ini (untuk fasa 2) betul-betul banyak. Kusss semangat...
Malam ni, badan saya akan diukur lagi. Harap-harapnya saya akan sedikit sembuh dari demam. Tak sabar rasanya nak mengetahui berapa cm lagi tubuh saya mengecil. :)
Selamat Berjaya dengan ukuran Ika malam ni. I'm also nervous !!! I've not been a good student.
ReplyDeleteSee ya!
Terima kasih, Ain! Ain, berat u pun turun banyak - 6 kg kan... macam mana pulak bukan good student tue... ;)
ReplyDelete09hb Apr 2010 - Minggu ke-5 "Hari Lebih Banyak Makanan" (Fasa 2)
ReplyDeleteBerat : 65.1kg
% Lemak di dalam Badan : 35.6%
% Air di dalam Badan : 47.1%
BMI : 26.1
Yeay... berat saya dah turun lagi; dah turun sebanyak 6.5kg walaupun portion makanan semakin bertambah banyak.
Ukuran saya masih berada di tahap kehilangan sebanyak 30cm... rasa-rasanya 'measuring tape' tue dah rosak laaa... he he he
Hari nih dah mula bekerja balik, dan bermulalah aktiviti 'skip' makan... huhuhu...
10hb Apr 2010 - Minggu ke-5 "Hari Lebih Banyak Makanan" (Fasa 2)
ReplyDeleteBerat : 65.0kg
% Lemak di dalam Badan : 35.5%
% Air di dalam Badan : 47.2%
BMI : 26.0
Hari ni saya berada di rumah ibu bapa saya di Kuala Kangsar Perak (mestilah dengan suami dan anak-anak saya sekali). Kami balik malam semalam (Jumaat) dan sampai agak lewat, lebih kurang pukul 2.30 pagi baru saya tidur dan... sudah tentu coach saya akan kata "dapatkan rehat yang cukup" he he he
Hari ini juga, buat pertama kalinya, saya mengambil makanan yang tidak digalakkan (bukan tak boleh langsung ye) iaitu NASI LEMAK tapi dalam kuantiti yang kecil lah. Coach saya kata, tak apa, bagus. Makan saja. Betul ke nie? Tapi saya tetap rasa bersalah, sebab saya nakkan berat badan saya turun ke tahap yang sepatutnya di dalam 45 hari nie dan selepas tue, baru saya boleh makan apa sahaja.
Hari ini juga, saya menyertai Perfect Team di ICCC, Ipoh dan rasa gembira kerana ramai yang menyedari betapa pentingnya kesihatan dan saya juga berkongsi sedikit dari pengalaman saya bersama warga Ipoh yang hadir.
11hb Apr 2010 - Minggu ke-5 "Hari Lebih Banyak Makanan" (Fasa 2-akhir)
ReplyDeleteBerat : 64.3kg
% Lemak di dalam Badan : 34.6%
% Air di dalam Badan : 47.3%
BMI : 25.8
Rasa betul-betul gembira kerana saya berjaya mencecahkan penurunan ke lebih dari 7kg. Akan tetapi... pagi ini, abah saya belikan kami sekeluarga nasi dagang yang memang enak yang tidak mampu saya tolak sekali lagi.
Saya rasa saya tahu apa yang akan terjadi keesokan hari, harap-harapnya tidak terlalu teruk. Dan saya tidak boleh menyalahkan orang lain sama ada coach saya ataupun program, kerana saya sendiri yang tidak tahan godaan makanan.
Hari ini pula Perfect Fit team berada di Pulau Pinang dan wow! Sambutan yang amat menggalakkan dari orang-orang di Penang walaupun ini kali pertama Perfect Fit team berada di sana. Di sebelah malam, saya gerak balik ke KL.
Saya harap, dua hari di mana saya terkeluar dari landasan Program Healthpointe akan dapat diganti semula dengan baki 7 hari yang masih ada.
12hb Apr 2010 - Minggu ke-6 (akhir) "Hari Protein"
ReplyDeleteBerat : 64.6kg
% Lemak di dalam Badan : 35.3%
% Air di dalam Badan : 47.3%
BMI : 24.9
Hari Protein adalah hari yang paling saya suka sebab makanannya memang mudah dan sesuai untuk orang yang malas macam saya. :)
Hari ini sibuk dengan kerja dan harapnya tidak terlalu stress sehingga merosakkan program saya - minggu akhir nie.
13hb Apr 2010 - Minggu ke-6 "Hari Lebih Banyak Makanan" (Fasa 3-mengimbangkan berat)
ReplyDeleteBerat : 64.3kg
% Lemak di dalam Badan : 35.1%
% Air di dalam Badan : 47.5%
BMI : 25.8
Badan saya masih di dalam proses nak mengstabilkan diri dengan berat yang baru. Coach saya kata, minggu ini adalah minggu untuk mengstabilkan berat dan kalau berat semakin turun, itu adalah satu bonus.
Berat 64.3kg adalah asas saya untuk minggu yang terakhir ini. Sama ada turun atau naik, takkan ada kesan yang terlalu besar. Bila difikirkan, berat badan yang saya dapat sekarang nieh adalah sesuatu yang saya tidak pernah terfikir dapat melakukannya sebelum ini.
Beberapa hari lepas, Sabtu (10 April) ada dinyatakan di dalam Buletin Utama, TV3 oleh Menteri Kesihatan kita bahawa peningkatan jumlah orang yang mengidap berat badan berlebihan kepada 250%. Sekurang-kurangnya saya tidak termasuk di dalam golongan itu.
14hb Apr 2010 - Minggu ke-6 "Hari Lebih Banyak Makanan" (Hari ke-2 Fasa 3-mengimbangkan berat)
ReplyDeleteBerat : 64.8kg
% Lemak di dalam Badan : 35.4%
% Air di dalam Badan : 47.3%
BMI : 26.0
Huh! Berat naik balik... he he he... tapi saya tidak risau sebab mungkin badan saya terkejut kerana semalam kena makan lagi banyak.
Hari ini saya memeriksa tekanan darah di klinik kerana saya rasa pening kepala tapi yang pastinya bukan kerana tekanan darah tinggi sebab saya di dalam Healthpointe program okay... tekanan darah saya 113/85.
Semasa di Klinik Tan & Mano, Plaza OSK; saya terbaca berita di akhbar The Sun mengenai kes kematian pertama H1N1 fasa ke-2 iaitu seorang peguam. Doktor mengatakan peguam tersebut mengalami masalah berat badan berlebihan yang merupakan salah satu faktor utama H1N1 mudah menyerang.
Saya sedikit lapang, walaupun mungkin tidak dapat mengelak sepenuhnya, tapi saya masih berpeluang untuk tidak tergolong dalam kategori faktor utama tersebut.
Ini adalah link kepada artikel yang saya nyatakan sebelum ini http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=45495
ReplyDelete17hb Apr 2010 - Minggu ke-6 "Hari Lebih Banyak Makanan" (Hari ke-5 Fasa 3-mengimbangkan berat)
ReplyDeleteBerat : 65.2kg
% Lemak di dalam Badan : 35.2%
% Air di dalam Badan : 47.4%
BMI : 26.1
Gara-gara tidak dapat menahan nafsu apabila ternampak gulai tempoyak semalam, berat ku naik mendadak hari ini. Mengetahui yang saya tidak boleh menyalahkan sesiapa, tak boleh salahkan diri sendiri juga (hehe), saya kembali ke menu asal pada hari ini dengan harapan hari esok akan bertambah baik. Tambahan pula, esok adalah hari terakhir saya di dalam program.
Lagipun, program nih bukanlah kejam hingga kita tidak boleh makan langsung apa yang kita hendak, cuma kena lebih berhati-hati dan tidak melampau-lampau.
18hb Apr 2010 - Hari terakhir
ReplyDeleteBerat : 64.5kg
% Lemak di dalam Badan : 35.3%
% Air di dalam Badan : 47.3%
BMI : 25.8
Penuh bersemangat nak menghabiskan hari-hari terakhir di dalam program tetapi masih ada gangguan daripada makanan yang sedap di masak oleh ibu mertuaku (balik kampung suami di Negeri Sembilan).
Banyaklah menu-menu tambahan yang ditambah sendiri oleh diriku ke dalam program ;) tetapi pengambilannya masih terkawal kerana seperti yang diajar sepanjang program, pilih makanan yang berkhasiat dan yang kurang berkhasiat perlulah dikurangkan - jangan 'overdos'.
19hb April - setelah tamat program
ReplyDeleteBacaan pada hari ini ada 100% sama seperti bacaan semalam. Jadi, penurunan berat saya adalah sebanyak 7.1kg.
Walaupun saya belum membuat keputusan sama ada ingin meneruskan Pusingan ke-2 ataupun terus ke 'maintenance', saya masih meneruskan hari ini sebagai "Hari Protein".
Wahh. hebatnya Ika !! 7.1 kg !!! Welldone !
ReplyDeleteCongrats!!! Ika. 7.1 is a lot of kgs!! will use this inspiring story to all my friends.
ReplyDeleteIka... its wonderful to see the benefits that you have received from the program. It has been indeed a real pleasure to see. Well done!!!!
ReplyDeletesaya pun buat health point programme sekarang dah masuk cycle ke 3... dalam masa 3 bulan berat saya dah kurang 14 kg.. sesuatu yg menakjubkan sbb dah byk buat program diet tak pernah berkesan.. masa mula2 buat berat sy 90.5 kg, skrg saya amat2 berbangga walaupun belum sampai target (60kg).. skrg berat saya 76.3 kg... Alhamdulillah.. tq very much kepada coach saya, WYNNIE TAN... muaxx!!
ReplyDeletewah.. bagusnya ratna... tahniah! teruskan usaha anda ye...
ReplyDeletesaja-saja nak mengemaskini setelah sekian lama.... hari ini, 05hb Jun 2010 dan ukuran saya adalah seperti berikut :
ReplyDeleteBerat : 62.1kg
% Lemak di dalam Badan : 33.9%
% Air di dalam Badan : 48.4%
BMI : 24.9
Visceral Fat : Level 5 (4 Mac '10 - Level 9)
sukanya hati bila ramai yang cakap saya dah semakin comel. tiba-tiba teringat lagu arwah acik spin dan nordiana - paling comel. hahaha...